APA PERANAN TMJ DALAM RATIFIKASI ICERD?
Pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan telah menunjukkan kegagalan mereka dalam memahami inti hati rakyat Malaysia dalam pelbagai perkara seperti ekonomi, kewangan, dan lain-lain lagi. Namun dalam perihal tradisi dan perkauman pula tiada isu yang lebih besar daripada isu mengenai ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) dimana kerajaan pimpinan Tun Mahathir akhirnya terpaksa membuat “U-turn” dan menukar keputusan asal mereka. Terdapat ramai lapisan masyarakat yang mencabar keputusan kerajaan ketika itu, terutamanya ketika demonstrasi pembantahan ICERD di Kuala Lumpur pada bulan Disember 2018. Ramai juga di kalangan ahli politik dan pemimpin yang lantang bersuara. Dan salah satu individu yang dilihat sangat instrumental atau berjaya mempengaruhi pendapat rakyat mengenai ICERD adalah Tunku Mahkota Johor. TETAPI APA SEBENARNYA PERANAN TMJ DALAM MENYEMARAKKAN SENTIMEN RAKYAT MENGENAI ISU INI? Secara umumnya, ICERD merupakan sebuah konv...