Posts

Johor Negeri Berdaulat Dan Tidak Pernah Dijajah

Image
Tahukah anda, Johor tidak pernah dijajah oleh British? Umumnya, rata-rata rakyat Malaysia menganggap bahawa Semenanjung Malaysia, ataupun Tanah Melayu pernah dijajah secara menyeluruh oleh British sehingga 31 Ogos 1957. Namun jika kita meneliti rekod sejarah, naratif ini mudah untuk disangkal. Pertamanya sekali, perlunya kita faham maksud perkataan ‘jajahan’. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan jajahan bermaksud kawasan yang termasuk dalam satu pentadbiran, atau daerah atau kawasan yang ditakluki. Kedua, perlu kita memahami kedudukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu pada akhir abad ke-19 sehingga awal abad ke-20. Rujukan: https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=jajahan Jelasnya, menurut terbitan Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society bahawa British menganggap Negeri-Negeri Melayu sebagai negeri yang berdaulat dan bukannya tanah jajahan British. Pihak British yang diwakili Pejabat Kolonial (Colonial Office) sendiri mengakui bahawa pengaruh mereka...

STATUT ROM: APA YANG TERJADI SEBENARNYA?

Image
Rejim Pakatan Harapan selama 22 bulan yang bermula pada 9 May 2018 jelas menunjukkan keangkuhan pemimpin mereka dalam pelbagai hal mengenai kedaulatan negara. Masih dalam ingatan semua tentang usaha meratifikasi pelbagai jenis perjanjian antarabangsa yang bersifat liberal, khususnya Statut Rom, oleh rejim PH tanpa persetujuan Yang Di-Pertuan Agong mahupun Parlimen. Lebih-lebih lagi, rejim PH tidak langsung mengemukakan sebarang hujah mengenai keperluan Statut Rom kepada rakyat jelata.  Namun begitu, ‘u-turn’ rejim PH daripada meratifikasikan perjanjian tersebut pada saat akhir masih lagi menjadi tanda tanya kepada orang ramai. Kerap kali rejim PH mencanang tentang sebuah “Deep State” yang ingin menolak Statut Rom – tetapi siapakah ‘Deep State’ tersebut?  Statut Rom, sebuah perjanjian yang membabitkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, merupakan satu perjanjian antarabangsa yang kritikal dan berlainan berbanding perjanjian-perjanjian lain, dan mampu memberi implikasi negatif kepada...

APA PERANAN TMJ DALAM RATIFIKASI ICERD?

Image
Pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan telah menunjukkan kegagalan mereka dalam memahami inti hati rakyat Malaysia dalam pelbagai perkara seperti ekonomi, kewangan, dan lain-lain lagi. Namun dalam perihal tradisi dan perkauman pula tiada isu yang lebih besar daripada isu mengenai ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) dimana kerajaan pimpinan Tun Mahathir akhirnya terpaksa membuat “U-turn” dan menukar keputusan asal mereka. Terdapat ramai lapisan masyarakat yang mencabar keputusan kerajaan ketika itu, terutamanya ketika demonstrasi pembantahan ICERD di Kuala Lumpur pada bulan Disember 2018. Ramai juga di kalangan ahli politik dan pemimpin yang lantang bersuara. Dan salah satu individu yang dilihat sangat instrumental atau berjaya mempengaruhi pendapat rakyat mengenai ICERD adalah Tunku Mahkota Johor. TETAPI APA SEBENARNYA PERANAN TMJ DALAM MENYEMARAKKAN SENTIMEN RAKYAT MENGENAI ISU INI? Secara umumnya, ICERD merupakan sebuah konv...