Posts

Showing posts from September, 2021

Johor Negeri Berdaulat Dan Tidak Pernah Dijajah

Image
Tahukah anda, Johor tidak pernah dijajah oleh British? Umumnya, rata-rata rakyat Malaysia menganggap bahawa Semenanjung Malaysia, ataupun Tanah Melayu pernah dijajah secara menyeluruh oleh British sehingga 31 Ogos 1957. Namun jika kita meneliti rekod sejarah, naratif ini mudah untuk disangkal. Pertamanya sekali, perlunya kita faham maksud perkataan ‘jajahan’. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan jajahan bermaksud kawasan yang termasuk dalam satu pentadbiran, atau daerah atau kawasan yang ditakluki. Kedua, perlu kita memahami kedudukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu pada akhir abad ke-19 sehingga awal abad ke-20. Rujukan: https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=jajahan Jelasnya, menurut terbitan Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society bahawa British menganggap Negeri-Negeri Melayu sebagai negeri yang berdaulat dan bukannya tanah jajahan British. Pihak British yang diwakili Pejabat Kolonial (Colonial Office) sendiri mengakui bahawa pengaruh mereka...