STATUT ROM: APA YANG TERJADI SEBENARNYA?
Rejim Pakatan Harapan selama 22 bulan yang bermula pada 9 May 2018 jelas menunjukkan keangkuhan pemimpin mereka dalam pelbagai hal mengenai kedaulatan negara. Masih dalam ingatan semua tentang usaha meratifikasi pelbagai jenis perjanjian antarabangsa yang bersifat liberal, khususnya Statut Rom, oleh rejim PH tanpa persetujuan Yang Di-Pertuan Agong mahupun Parlimen. Lebih-lebih lagi, rejim PH tidak langsung mengemukakan sebarang hujah mengenai keperluan Statut Rom kepada rakyat jelata. Namun begitu, ‘u-turn’ rejim PH daripada meratifikasikan perjanjian tersebut pada saat akhir masih lagi menjadi tanda tanya kepada orang ramai. Kerap kali rejim PH mencanang tentang sebuah “Deep State” yang ingin menolak Statut Rom – tetapi siapakah ‘Deep State’ tersebut? Statut Rom, sebuah perjanjian yang membabitkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, merupakan satu perjanjian antarabangsa yang kritikal dan berlainan berbanding perjanjian-perjanjian lain, dan mampu memberi implikasi negatif kepada...