STATUT ROM: APA YANG TERJADI SEBENARNYA?

Rejim Pakatan Harapan selama 22 bulan yang bermula pada 9 May 2018 jelas menunjukkan keangkuhan pemimpin mereka dalam pelbagai hal mengenai kedaulatan negara. Masih dalam ingatan semua tentang usaha meratifikasi pelbagai jenis perjanjian antarabangsa yang bersifat liberal, khususnya Statut Rom, oleh rejim PH tanpa persetujuan Yang Di-Pertuan Agong mahupun Parlimen. Lebih-lebih lagi, rejim PH tidak langsung mengemukakan sebarang hujah mengenai keperluan Statut Rom kepada rakyat jelata. 

Namun begitu, ‘u-turn’ rejim PH daripada meratifikasikan perjanjian tersebut pada saat akhir masih lagi menjadi tanda tanya kepada orang ramai. Kerap kali rejim PH mencanang tentang sebuah “Deep State” yang ingin menolak Statut Rom – tetapi siapakah ‘Deep State’ tersebut? 

Statut Rom, sebuah perjanjian yang membabitkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, merupakan satu perjanjian antarabangsa yang kritikal dan berlainan berbanding perjanjian-perjanjian lain, dan mampu memberi implikasi negatif kepada kedaulatan negara. 

Perjanjian ini jika diratifikasi, boleh membawa banyak implikasi kepada Malaysia dan rakyat kita. Salah satu implikasi ialah membuka ruang untuk Yang Di-Pertuan Agong dibicarakan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang jelas mencabar kedudukan Baginda dan juga kedaulatan negara. Siapakah yang telah memberi kita info penting dan pengetahuan mengenai bahayanya impak Statut Rom ini? 

Sumber: https://umno-online.my/2019/05/06/akhirnya-apa-yang-tmj-katakan-tentang-statut-rom-ternyata-benar/ 

Statut Rom mampu mendesak sebuah negara untuk menangkap ketua negara/komander tentera dan dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa jika sesebuah negara itu tidak “berupaya” dalam membicarakan ketua negara. Dalam konteks negara Malaysia, Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia adalah Yang Di-Pertuan Agong sendiri. 

Ini bermakna YDPA boleh dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Disebabkan Raja-Raja Melayu dan YDPA hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas atas kapasiti peribadi dan bukan rasmi, sudah tentu mahkamah kita akan dianggap sebagai tidak “berkeupayaan.” 

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/17841/KOLUMNIS/Statut-Rom-undang-tiga-masalah 

https://bebasnews.my/?p=5472 

Bukankah kita sebuah negara yang berdaulat? Apakah keperluan Malaysia untuk meratifikasikan perjanjian sebegini? Bangsa Melayu tidak pernah dan tidak akan tunduk kepada orang asing, mengapa Tun Dr Mahathir dan rejimnya begitu ghairah sekali dalam menandatangani perjanjian tersebut ketika itu? Oleh itu, tindakan terburu-buru oleh rejim PH ketika itu untuk meratifikasi tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja sangat menggelisahkan rakyat, terutamanya kaum Melayu. 

Antara yang lantang bersuara tentang bahayanya Statut Rom pada masa itu merupakan Tunku Mahkota Johor. Adakah kemungkinan baginda yang menjadi penggerak dalaman ataupun “Deep State” yang berjaya mempengaruhi Majlis Raja-Raja tentang bahayanya Statut Rom ini? TMJ sendiri yang menegaskan bahawa rakyat Malaysia seharusnya menghormati Perlembagaan negara sedia ada – khususnya ahli politik.

Jika betul, syukur Malaysia mempunyai pemimpin seperti TMJ, yang mendedahkan penipuan rejim PH mengenai Statut Rom. Amat teruk jika kita bayangkan apa yang hampir mungkin terjadi, jika rejim PH berjaya meratifikasikan Statut tersebut. 

TMJ satu-satunya anggota kerabat diraja yang berani bangkit menyanggah seorang diktator seperti Tun Dr Mahathir. Tetapi betul ke seorang anak raja saja mampu menewaskan sebuah kerajaan Tun Dr Mahathir yang mempunyai pelbagai penasihat dan jentera kerajaan dibawah telunjuknya. Ataupun Tun telah memandang rendah pengaruh keluarga-keluarga diRaja terutamanya yang di selatan tanahair.

Menurut TMJ, negara Malaysia mempunyai badan kehakiman, undang-undang, dan perlembagaan sendiri, justeru tidak perlu menyerahkan kedaulatan kita kepada entiti asing. 

Sejauh manakah pengaruh TMJ dalam kalangan rakyat biasa seperti para hadirin himpunan tersebut, dan juga dalam Majlis Raja-Raja? Tuduhan Tun Dr Mahathir yang kerajaan akhirnya membuat ‘u-turn’ dari menandatangani perjanjian tersebut oleh kerana “terdapat seseorang individu daripada selatan tanah air yang ingin menghukum orang tanpa mengikut undang-undang,” hanya memberi kesahihan kepada teori ini. Secara tidak langsung Tun sendiri telah memberi penghormatan kepada TMJ sebagai individu yang telah menyebabkan kerajaan PH terpaksa akur dan menarik balik ratifikasi Statut Rom. 

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/442910/hormati-perlembagaan-negara-tmj 


Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/419490 

Seperti yang kita semua tahu, Tun Dr Mahathir sememangnya kurang senang dengan kelantangan TMJ dalam perihal mengenai rakyat, mungkin kerana beliau berasa tergugat dengan semangat seorang putera muda – yang juga berpengaruh di kalangan rakyat biasa sehinggakan terdapat ramai yang membawa panji dan placard menjunjung kasih kepada TMJ dalam himpunan menolak ICERD dan Statut Rom di Kuala Lumpur. 

Adakah ini sebab mengapa apabila YDPA memaklumkan keputusan Majlis Raja-Raja untuk menolak perjanjian asing tersebut kepada Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri itu kelihatan begitu marah sekali? Tentu baginya ia adalah tidak molek untuk kalah permainan politik kepada seorang putera muda yang jauh lebih popular daripada beliau. Dalam 22 bulan menjadi PM tidak pernah sekali pun dalam sidang media Tun Dr Mahathir menjadi marah atau hilang sabar. 

Sumber - https://www.channelnewsasia.com/news/asia/malaysia-u-turn-icc-not-ratifying-rome-statute-mahathir-pressure-11416980 

Sumber - https://www.youtube.com/watch?v=iN2JvpWymi8 

Semakin hari mereka (golongan liberal laknatullah) semakin berani mencabar Perlembagaan dan kedudukan istimewa orang Melayu. Nampaknya hanya kehebatan TMJ dalam mengatur langkah strategik yang begitu telus – sehinggakan bukan sahaja rejim PH malu ditelanjangkan di khayalak ramai, tetapi strategi baginda juga berjaya mengembalikan status Majlis Raja-Raja sebagai pembela rakyat. 

Jadi adakah benar bahawa TMJ berjaya mengalahkan kerajaan PH pimpinan Tun Dr Mahathir dalam strategi Baginda untuk menggunakan kuasa Majlis Raja-Raja dengan memberi info dan fakta-fakta yang betul dan tepat? Anda sendiri boleh menilai pengaruh TMJ.

Comments

Popular posts from this blog

Johor Negeri Berdaulat Dan Tidak Pernah Dijajah

APA PERANAN TMJ DALAM RATIFIKASI ICERD?